Sunday, July 28, 2013

Tambahan Info kesihatan from Doc Hamid Arshat


hola sisters...

sgt bermalasan nk keje arini..

so carikla info sket2 yg leh kite share kan

ni i dpt dr FB Doc Hamid Arshat ye..




1.  Telur...

Ada orang yang takut makan telor, kononya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata,jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%.


2.  Pengambilan Gula

Ambil kesempatan puasa ramadan ini untuk mengubah tabiat2 yang kurang baik kepada yang baik. Salah satu ialah ubah tabiat makan kerana ia salah satu punca penyakit dan kurang subur. Saya bincang satu aspek makanan iaitu GULA. Memang kita perlu gula untuk tenaga dan bina tisu tapi berlebihan gula menimbulkan berbagai2 penyakit khususnya kencing manis, sakit jantong dan kanser serta ganggu kesuburan dan menyebabkan keguguran. Gula bolih jadi racun dan diantara sumber2 ialah segala jenis minuman 'soft drink' juz yg diperoses dalam kotak dan botol ,kuih2, donut, ice cream- mengandungi bahan pemanis 'High Fructose Corn Syrup (HFCS)' .

Sumber manisan terbaik ialah madu lebah dan buahan2. Jika masih minat gula cuba ubah kepada gula melaka/kelapa.

Pesakit kanser perlu kawal makan gula, begitu juga pengidap tumbuhan fibroids, ovarian cyst dan endometriosis





3.  Zuriat

Untuk mendapatkan zuriat merangkumi berbagai2 jenis usaha tindakan, rawatan (secara moden atau alternatif). Tapi kita perlu faham hanya Allah yang menentukan segala2nya. Disamping berusaha , kita tak putus2 berdoa dan buat amalan yang baik. Kita perlu ubah cara gaya hidup, khususnya berkaitan makanan ( Saya sering tekankan makanan berzat dan berkhasiat) , Terus berusaha untuk tenangkan emosi dan fikiran, serta kurangkan fizikal dan mental stress melalui amalan solat, baca quran dan sentiasa berzikir dan buat exercise 30 minit setiap hari.
Cuba kita ikut pengalaman2 orang lain , ikuti link ini

No comments:

Post a Comment